Wednesday 19 December 2012

i'm back..!!!

salam semua....


dah lama kan aku x ber blog...pasti kawan2 sme tertanya2 ke mana aku menghilangkan diri...sebenarnya aku x larikan diri ke obersi pon...atau pon menyorok dari along ahaks...aku ade je kat2 sini but entah lah...mungkin xde masa terluang atau lebih tepat lagi...aku macam hilang semangat utk menulis...macam malas jekkk....



btw...sempena nak masuk tahun baru 2013...semangat tuu pelan2 datang balik...



ok kawan2...wait for new stories....

Tuesday 17 April 2012

HIBERNASI...

Salam semua...dah lama tuan tanah yang sekangkang kera ini tidak menebas semak-samun yang semakin meliar tumbuh di blog ini. Act aku ni sebenarnya terlampau lah bz mengalahkan ADUN-ADUN yang sedang mengempen bagi PRU13. persoalannya, bz kah aku? muahaha...

ok, meh aku cite sket, semenjak aku bergelar warga pendidik di SMKSS ini, rutinku 360 degrees bertukar. walaupun hanya sementara berkhidmat di sana, namun segala tenaga dan usaha aku curahkan sepenuhnya 200% . bukan nak kata aku ni pekeje ceh meh lang tapi itu lah komitmen yang aku berikan sepanjang aku berada di sana.

act banyak benda yang nak aku stori morikan kat sini tapi tuu lah, sme stori aku rasa dah basi sb terlampau lama aku duk peram...dah bertukar jadi masam...bila masam boleh jadi mabuk plak ekekekek (hape...ingat tuak masam ke hik3)

aku punya mood mengarang pon dah kureng...aku rasa macam dah x power cam dulu. cane nak buat eh? 


Thursday 9 February 2012

MENYAPU SAWANG DI BLOG...

huh...dah agak lama aku tak jejak kaki kat blog aku yg sekangkang katak ni...dah bersawang dah...hushhh...

act..lately ni aku agak sebok...selepas aku exam ritu...aku ke serdang mencari umah sewa utk penempatan aku sms praktikum nati...pastu terus balik ke utara jmp laki n anak aku...stay lam 4 5 ari, kami anak-beranak balik ke kg aku sempena CNY...

lagi pon ini masanya utk balik sb pas ni aku agak susah sikit utk balik kg memandangkan aku akan tgl di serdang utk beberapa tempoh. abis CNY aku bergegas ke tjg malim utk uruskan hal penjilidan tesis aku...

ujg minggu tuu laki aku datang ke tjg malim then send aku ke serdang pastu dia patah balik ke utara nek tren di KL Sentral...

korang boleh bayangkan betapa kalutnya hidup aku laki bini...awal2 tahun dah lintang pukang menguruskan hal dunia yg x sudah2...wallahualam....

Tuesday 3 January 2012

EXAM FEVER...


ni entry pertama aku di tahun baru...Tahun 2012 ni...waaa sambutan tahun baru tahun ni langsung x best...(seblom ni pon mana aku penah sambut tahun baru ekekeke)...mana x nye...awal2 tahun lagi aku dah kena exam...exam for final year lak tuuu....huh sempoi...harapan aku moga exam yg last ni aku dapat melalui dgn baik...x dapat dis-list pon...dpt senarai dekan mcm semester sudah pon jadi laaa kannn!!!....so chaiyokkk..chaiyokkk...gud luck to myself...!!! 

dan utk korg...yg mana ade exam tuuu aku ucapkan GUD LUCK jugak....STUDY SMART ok..get the BEST RESULT...!!!!




Doa untuk permudah segala urusan:

~Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki...~



Doa Ketika memasuki dewan peperiksaan:



وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”




Doa Ketika menerima kertas soalan:



قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”





Doa Ketika sukar menjawab:



ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ



Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”





اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً



Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”





Doa Jika Kita terlupa jawapan:



اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ



Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”




Akhir kalam... Ingatlah bahawa kita adalah HAMBA ALLAH,bukannya hamba kepada peperiksaan... Peringatan ini adalah untuk diri sendiri terutamanya serta peringatan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi... Sama-samalah kita muhasabah diri andai terkadang niat kita melencong dalam menuntut ilmu Allah yang luas ini...~