Tuesday 3 January 2012

EXAM FEVER...


ni entry pertama aku di tahun baru...Tahun 2012 ni...waaa sambutan tahun baru tahun ni langsung x best...(seblom ni pon mana aku penah sambut tahun baru ekekeke)...mana x nye...awal2 tahun lagi aku dah kena exam...exam for final year lak tuuu....huh sempoi...harapan aku moga exam yg last ni aku dapat melalui dgn baik...x dapat dis-list pon...dpt senarai dekan mcm semester sudah pon jadi laaa kannn!!!....so chaiyokkk..chaiyokkk...gud luck to myself...!!! 

dan utk korg...yg mana ade exam tuuu aku ucapkan GUD LUCK jugak....STUDY SMART ok..get the BEST RESULT...!!!!




Doa untuk permudah segala urusan:

~Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki...~



Doa Ketika memasuki dewan peperiksaan:



وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا


Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”




Doa Ketika menerima kertas soalan:



قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي


Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”





Doa Ketika sukar menjawab:



ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ



Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”





اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً



Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”





Doa Jika Kita terlupa jawapan:



اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ



Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”




Akhir kalam... Ingatlah bahawa kita adalah HAMBA ALLAH,bukannya hamba kepada peperiksaan... Peringatan ini adalah untuk diri sendiri terutamanya serta peringatan kepada semua mahasiswa dan mahasiswi... Sama-samalah kita muhasabah diri andai terkadang niat kita melencong dalam menuntut ilmu Allah yang luas ini...~

2 comments:

  1. Salam.... good luck for ur final sayang. Do ur best and we will be waiting for u

    ReplyDelete